22 September 2008

sunnat mengingatinya~

~untuk kamu~

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ...

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan 'Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah', supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya .....

1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.

2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.

3 . Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.

4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.

5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda: Ada 4 di pandang sebagai ibu ', iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.

2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.

3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.

4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR. Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.

Beberapa kata renungan dari Qur'an : Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

-peringatan bersama-

kongsi bersama~

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah.Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya.

Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu. Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu,Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya,maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya..

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan, nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

' Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut. '

1. Mengucap 'Bismillah' pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap 'Alhamdulillah' pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap 'Astagfirullah' jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut.

4. Mengucap 'Insya Allah' jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap 'La haula wala kuwwata illa billah' jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap 'Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun' jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap 'La ilaha illa Allah Muhammadur Rasulullah' sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi,mudah- mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa!

17 September 2008

kahwin..kahwin...

Kisah 4 Pengantin Baru
Mak Minah dan Pak Mat ada 4 org anak perempuan yang sangat disayangi iaitu Siti, Seri, Murni dan Suri. Satu hari merekaberpakat utk kawinkan anak2 ni serentak. Selepas selamat diijabkabulkan, ke-empat2 anak tu pun bercadang untuk pegi honeymoon. Siti pegi honeymoon ke Pulau Langkawi, Seri ke Pulau Tioman, Murni ke Pulau Kapas dan Suri ke Pulau Pangkor.
Sebelum pegi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, 'nanti jgn lupa hantar berita pada mak dan ayah. Ceritakan macam mana honeymoon korang. Tak payah tulis panjang2, pakai kod iklan aja dah cukup.

Ringkas, padat dan cepat.' panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak2nya.
Seminggu lepas tu depa terimalah surat dari Siti yang bertulis 'Standard Chartered'. Tercari2lah kedua suami isteri ni iklan Standard Chartered dan bila jumpa tersenyum le kedua2nya membaca iklan yang bertulis 'Besar, teguh dan peramah'.. Bahagialah Si Siti rupanya..
Esoknya terima pula surat Seri yang bertulis 'Nescafe'. Carilah iklan Nescafe dan tersenyum lagi keduanya membaca iklan yangbertulis 'Nikmatnya hingga ke titisan yang terakhir' Bahagialah Si Seri rupanya..
Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat Murni bertulis KFC'. Carilah iklan KFC dan tersenyum keduanya membaca iklan yang bertulis 'Hingga Menjilat Jari'... Bahagialah Si Murni rupanya...
Seminggu berlalu, tiada surat dari Suri, MakMinah dan Pak Mat dah risau. Dua Minggu... tak ada jugak..
masuk minggu ke tiga baru sampai surat dari Suri dengan isi kandungannya 'AIR ASIA'. Bergegas le Mak Minah cari iklan penerbangan tu sbb tak sabar nak tau apa yg jadi kat anak bongsunya. Bila dibaca. Mak Minah dan Pak Mat terkulat2 tak tau nak senyum atau menangis.. Apa motto iklan itu...??


'7 KALI SEMINGGU..3 JAM SEKALI.. TANPA HENTI'
wawawawa...

jokes...

Kisah BOSS dgn pintu garaj
Alkisah ada seorang lelaki yang berusia lewat 50andan bekerja sebagai CEO disebuah syarikat yang besar di KL...
Pada suatu hari tu... Boss ni memanggil ladia punya seketeri masuk ke ofisnya... seperti biasaseketerinya pun masukla...Tolong buatkan saya surat untuk kita punya client...Si Boss ni pun mula la cakap dia punya mukadimahnya...

biasa la Boss...malas nak tulis... cakap punya cakap..Boss ni pun bangun... dan berjalan-jalan pusing-pusingmeja sambil tangan masuk dalam poket seluar...10 minit kemudian acara mengarang ayat pun habis...si seketeri pun mula bersuara...

Seketeri : Boss... pagi tadi kan ... masa saya nak datang ke Ofis... saya nampak pintu garage boss terbuka...
Boss : (Dalam keadaan kelam kabut) ye ke... tak apa, nanti saya call rumah... terima kasih...Si seketeri pun blah balik ke meja dia... dan siBoss pun call rumah dia tanya wife dia...

Boss : Yang... tolong tengokkan garage rumah kita...pintu dia terbuka la...
Bini : Tak la bang... baru tadi saya tengok... mana ada terbuka...

Boss : Iye... terbuka... cuba pergi tengok semula.

Bini : Tidakkkkk, tertutup... saya tahu la bang...

Boss : Pergi la tengok... kalau tak terbuka macam mana orang boleh nampak?????

Bini : Okay la... okay la...

Setelah setengah jam kemudian... masa Boss ni tengah relek-relek. .. baru dia perasan yang zip seluar dia terbuka... (dah memang perangai dia tak suka pakai underware... ) maka nampaklah... mengelabahlah si Boss ni memikirkan mana macam nak cover malu kat seketeri dia tu... dan petang yang sama juga...

Boss : Errr... tadi pagi masa you nampak garage I terbuka... ada tak you nampak BMW kat dalam tu?

Seketeri : Tak... yang I nampak cuma ada sebuah Perodua Kancil dengan dua tayar depannya pancit!!!!!. ..

kehkehkehkehkehkeh. ...

oh~ bulan Ramadhan~

~Roh di bulan Ramadhan~

Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah..(maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi.

Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahn mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.
Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.

Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus la semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.

' Setinggi mana kasih sayangku, Allah lebih berhak menyayangimu,Damai la engkau disana di bawah rahmat dan kasih sayang-Nya, Sesungguhnya aku akan menyusulmu di kemudian hari...Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi'

posa tym~

Di saat bulan Ramadhan ini, al maklum ramai tia orang mengeluarkan bakat-bakat terpendam mereka terutamanya membuka bisnis jual-jualan lyk jual ipin *kata orang tua-tuanya*, membuat kebab tia..memesen galah tya, nyalai lauk pauk sgala tia..and mcm-mcm lagi laa.. mungkin readers tau laa apa yg terjadi kan tym posa ne...anyway bab mesen galah di gerai atu ada ceritanya and kesiannya luan rajin kali orang atu mencari rezeki and laju memasukkan galah aa..yatah termasuk tangannya..tapi jarinya plg sja yang kena luka n hancur maybe..keciaan eh..
apa-apa pun kite mestilah berhati-hati dalam mengerjakan kerja kita..keselamatan juga perlu dijaga yek...untuk peringatan sume kat luar sana...


~jualan accesorries eg: bagz, kasa mata*uja nini guwe*, tudungz etc*

~kan lawa-lawa ryt epinnya aa, ane baru yg sedikit alum lagi banyak..wuhooo~


~ane laa keadaan orang bjual-jualan yek..eh...ukan yang bjalan berdua atu..astagfirullah alazim.. to readers tau baik tau buat begitu..bulan posa neh...esk3..~

~rugged eh kasa mata aa..fheeww...ada lagi yg dtarget pat len, gmbar pun terpaksa tapuk-tapuk psl naa kna surh gmbar yo....oo0ooppsss..~


~ramai bebanget di stadium aa orang bergerai aa..naa sanggup gambar dsana, gambar di luar saja..penuh dengan asap w0ooo..~

13 September 2008

wuh0o0ooo~




~gathering momentzzz (sungkai'n)~

Pada tanggal 12 haribulan September, 2008 (Jumaat), di saat hari yang mengembirakan..eseehh..yang bertempatkan di Ahan Thai, Kianggeh. Guwe selaku ahli POA (Prefect of Art) yang mengorganize this gathering afta 4 years of our 1st gathering b4 tym d Ideal for x hostellite MD o3/04...tapi ane lagi ramai laa..fheeeww..seronot banget sih..almost 50 ppl datang berkunjung di Ahan Thai atu..wow!! macam beraya tah plg..apakanzz..guwe mcm biasa menyambut tetamu..tetapi tym awal-awal saja tu eh afta dat layan sendiri tia..wawawa..bz kan megambar apa lagi..bila jua ada masa lagi mengambar ramai0ramai neh..payah baa ngumpulkan durg ne..p so far alhamdulillah..berjaya jugek yek...hope the reunion besar-besaran lagi nanti diadakan..tunggu saja laa..n hope u ol guys n girls cooperate yek tuk menjayakan lagi reunion tani ...otey?? ehhehehe so ppl yang mahu meliat gambar gathering tani aa...meliat tah bwabz2..heheheh...ane saja yang guwe mampu..pbesa connection ne bprobz ja meh..u noe lately meh..lagipun berat waa...hope u ol understand..hehehe...enjoy it...
~ m3,edy,G n ezat~

~zura *ia bfday suknya..happy belated bufday dear*~


~erra,amaL,huB n edy~

~ppL outside ahan thai~


~waiting for badukkkzzz n foods~

~cewek2nya semakin ramai meh~


~agen..ppl in d corner~

~t10,susi, hajar n nisa~

~cowok2 hBo...wewiitttzz~

~me n olD gengstarz..wawawa~

~posing maut sih..~


~apa lagi kan dcakap aa..we're enjoyg d sungkai'n~

~erra lepakin' w guys~

~at0o0oo banaa..galap waa..cpun ja berposing dalm galap eyh wawawa~


~otw to Ahan Thai..padahal masih dUBD juh masih ee~


~masih awal nunggu badukkkzz neh, baru ja pai baa ppL aaa~

~gambar sakan eeeyyhhhh~

~w0w!! t10 aa..sadang2 yo..hehehe~


well...ppL thanx for coming yea...i appreciated it bwabz bwabz..ehehhe...now i already missshhhh u guyss n gurlllsss eeeyyhh...cheeerrrzzz!! take care..mwaahhhhZZZZzzz!!!!


who r u??

Rahsia Bulan dan Kelahiran
Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan olehYang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
*Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
*Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
*Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
*Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi
FEBRUARI
* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC
* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan
APRIL
* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI
* Keras hati & degil.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.*
Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros
JUN
* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI
* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.*
Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

OGOS
* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan
SEPTEMBER
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik
OKTOBER
* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat

NOVEMBER
* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik .
~tengok siapa diri anda yang sebenar...~
sekian...

10 September 2008

wow..amazing...

hey people~ watch it..it looks so deep huh?...becareful meh...




and now can u see that...



wow! it's really amazing!!


nowadays people out there can do anytyn..u noe...how creative they are meh..not only just a book of art they can draw but now..they also can draw inside the lift...fuyoo0o0o~ canggih gitu eeyhh...


 

emmashasha | hotmail