19 September 2009
Labels: istana guwe
04 September 2009
1) What's the similarities between BRA and BAR?
- men go there when they are open
2) Kalau kapal terbang masuk gua, kemudian keluar dekat mana?
- keluar newspaper
3) Apa yang masuk straight keluar bergulung?
- Seluar dalam
4) Apa yang masa hidup kita nyanyi, sudah mati kita tepuk tangan?
- Birthday candle
5) Scorpian color apa?
- Kala Jengking
6) Dalam banyak2 kera, kera apa pandai menaip?
- Kerani
7) Apa masa kecil hitam, dah besar putih?
- Michael Jackson
8) Kerusi apa paling jauh?
- SOFA
9) Kenapa anak babi tunduk bila jalan belakang emak dia?
- Sebab dia malu emak dia babi
lots of luff,
Labels: joking...
Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah..(maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahn mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.
Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.
Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.
Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus la semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.
lots of luff,
Labels: information
PETUA KURANGKAN LAPAR DAN DAHAGA
Kalau nak kurangkan lapar dan dahaga di mana kita bekerja seperti biasa amalkan petua berikut, insyaAllah kurang lapar dan dahaga .
Mesti sahur.
Ketika nak makan nasi, bacalah selayaknya sebagai seorang Islam . Gumpalkan nasi sebanyak 3 ketul . Baca Surah Al Ikhlas 1 kali dan makan nasi segumpal . Baca lagi, makan lagi. Jadi 3 kali lah kita baca surah Al Ikhlas. Dah habis 3 gumpal tu makanlah seperti biasa.
Selepas makan sahur , makan buah kurma 7 biji . Sebelum makan, Bacakan selawat 1 dan makan buah kurma, baca lagi makan kurma lagi. Sampailah 7 kali.
Amalan ini adalah baik untuk orang-orang yg bekerja di tengah panas , seperti buruh kasar dan sebagainya.
SEBENARNYA: Surah Al-Ikhlas itu adalah ayat yg dapat menguatkan segala sendi dan tulang dalam badan kita dengan izin Allah swt. Buah kurma itu, 7 biji kalau kita makan dlm sehari, iblis takkan dekat dengan kita . Dan ianya adalah amalan Rasulullah, selain dari memberikan tenaga. Cuba lah dengan izin Allah swt.
Wallahualam.
lots of luff,
Labels: information
A Chinese walks into a bar in America late one night and he saw Steven Spielberg.
As he was a great fan of his movies, he rushes over to him, and asks for his autograph.
Instead, Spielberg gives him a slap and says, "You Chinese people bombed our Pearl Habour, get outta here."
The astonished Chinese man replied, "It was not the Chinese who bombed your PearlHarbour, it was the Japanese".
"Chinese, Japanese, Taiwanese, you're all the same," replied Spielberg.
In return, the Chinese gives Spielberg a slap and says, "You sank the Titanic, my forefathers were on that ship."
Shocked, Spielberg replies, "It was the iceberg that sank the ship, not me."
The Chinese replies, "Iceberg, Spielberg, Carlsberg, you're all the same."
lots of luff,
Labels: joking...
20 August 2009
Assalamualaikum ,
Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.
Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengajakan , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T,insyaallah.
Tulus ikhlas:
Labels: bulan Ramadhan
19 August 2009
Al-kisah ada seorang businessman yang kaya raya bernama Hj.Teepo. Apa saja
nama bisnes atas muka bumi ini, dia ada.. Sayang, kekayaan Hj.Teepo adalah
sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya dalam bisnes. Sahamnya
berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah ribu hektar,pun hasil tipu. Wang
beratus juta juga, tipu punya hasil.. Puas isterinya memberikan kaunseling
agar Hj.Teepo berhenti menipu, namun tak dihiraukannya.
Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam (orang belanja
of course), exercise tarak, satu hari Hj.Teepo disahkan oleh doktor mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam masa sebulan. Maka teramatlah hiba hati Hj.Teepo nak meninggalkan dunia ini, tambah pula mengenangkan segala aktivitinya selama ini.
Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. Kain yang dah buruk, koyak pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa kemewahan di dunia ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat," jelas Hj.Teepo dengan genangan air mata. "Kenapa begitu bang?" tanya isterinya."Saja aku na merasa pakai kain buruk pula," jawabnya lagi. Isterinya terdiam,tapi hatinya berbisik, "Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga kesedaran dan keinsafan dihati suamiku."
Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul, Hj.Teepo berbaring di kamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak sana sini telah siap disediakan. Untuk terakhir kali, si isteri menghampiri Hj.Teepo. "Bang", bisiknya perlahan. "Buat kali terakhir sebelum abang meninggalkan kami, berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain yang dah buruk.
Sedih saya melihat keadaan kain itu bang. Apakah abang telah insaf dan bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?"
Hj.Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara, "Baiklah, mari rapat kepadaku" isteri Hj.Teepo terus menghampiri suaminya. Dengan nada yang sedih Hj.Teepo bersuara, "Yang, you pun tahu, terlalu banyak dosa yang I lakukan selama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah kemewahan yang I rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja." Isterinya masih ragu-ragu.
"Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain kapan yang buruk begitu?" tanyanya lagi.
"Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mereka juga akan fikir abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi. Jadi selamatlah abang...."
"Astaghfirullah hal aziiiiiiiiiim" isteri Hj.Teepo terus terlentang kerana terkejut berok dengan penjelasan suaminya.
P/S: Mati pun nak kelentong. Nak kelentong Malaikat pulak tu...... Ambik le iktibar .
lots of luff,
Labels: joking...
Tersebut lah kisah, sepasang suami isteri yang telah mempunyai 3 orang anak sedang berbual sambil menonton TV di dalam bilik mereka. Si isteri bertanya kepada suami beberapa soalan.
Isteri: Bang, kalau saya mati dulu bang akan kahwin lagi tak?
Suami: Abang rasa abang mungkin akan kahwin lagi sebab anak2 kita perlukan seorang ibu. Makan minum abang adalah yang akan sediakan.
Isteri: Habis, kalau abang kahwin lagi abang kasi ke dia duduk rumah kita?
Suami: Ya lah. Sebab rumah ni mahal, takkan nak biar kosong macam tu aje.
Isteri: Abang kasi dia guna bilik kita, toilet kita?
Suami: Ya lah sayang. Takkan abang nak buat bilik lain khas untuk dia. Nanti bilik ni membazir plak.
Isteri: Abang kasi ke dia pakai almari kita?
Suami: Ya sayang. Almari kita ada 4 pintu, takkan nak bagi orang lain plak.
Isteri:Abang kasi ke dia pakai katil kita?
Suami: Terpaksalah,sayang. katil kita tu baru je beli bulan lepas.
Isteri: Baju tidur saya, tuala mandi saya?
Suami: Takkan itu abang nak bagi kat kakak dan adik awak. Jadi daripada tak
dipakai, lebih baik kalau abang kasi dia aje.
Isteri: Beg tangan saya, kasut saya, set golf saya?
Suami: Itu tak boleh, sebab dia suka handbag warna biru tua, kasut dia saiz kecil daripada awak, saiz 5. Set golf pun tak boleh sebab dia kidal...
Isteri: ... ... ..???... ... ..... ... .
lots of luff,
Labels: joking...
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia
UNTUK PARA LELAKI…….
Isteri yang menikahi kamu tidaklah semulia Khadijah ,
Tidaklah setaqwa Aisyah ,pun tidak setabah Fatimah .
Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi isteri solehah.
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.
Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya.
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya.
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya.
Isteri adalah murid kamu mursyidnya.
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya.
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya.
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya.
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.
Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana.
Justeru kamu akan tersentak dari alpa.
Kamu bukanlah Rasulullahs. a.w.
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah.
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh...amin. .!
Untuk wanita.... renungkanlah. ...
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia?
UNTUK PARA WANITA……..
Lelaki yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammads aw .
Tidaklah setaqwa Ibrahim , p un tidak setabah Ayyub ..
Atau pun segagah Musa ... apalagi setampan Yussof .
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung kamu penghuninya.
Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya.
Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya.
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya.
Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya.
Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya.
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa.Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki suami yang tak segagah mana.
Justeru kamu akan tersentak dari alpa.
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga.
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalamsengsara .
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah...amin!
Justeru itu wahai para lelaki dan wanita,
Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya.Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia Rasulullah ? Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha ? Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman DAN Tidak perlumencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.
Redhalah atas apa pemberian-Nya....
Terimalah si dia seadanya....
lots of luff,
Labels: information