18 April 2009

tips

UNTUK PISAU LEBIH TAJAM
Sekiranya rumah anda tidak mempunyai pengasah untuk menajamkan pisau, anda boleh mengasah pisau pada cermin nako (cermin tingkap bewarna warni) rumah anda. asilnya pisau akan lebih tajam dalam jangka masa yang lama.

AIR ASAM JAWA HILANGKAN BAU KAKI

Untuk menghilangkan bau kaki, sediakan satu besen air yang bercampur dengan air asam jawa. Rendamkan kaki anda ke dalam besen tadi. Lakukan sekerap yang mungkin. Insya Allah, masalah bau kaki anda akan hilang.

DAUN LIMAU PURUT RAWAT MUNTAH ANAK

Rawat muntah kanak-kanak dengan daun limau purut. Tumbuk atau kisar daun limau purut tersebut dengan dicampurkan dengan sedikit air. Minum seperti biasa. Insya Allah, muntah akan beransur sembuh.

ELAK RAMBUT BERUBAN

Elakkan rambut anda beruban sebelum waktunya. Ambil beberapa helai daun lalang dan daun betik. Campurkan dengan sedikit air kelapa dan beberapa biji limau nipis yang dibelah dua. Ramas kesemua bahan ini hingga sebati. Embunkan ia semalaman. Keesokan harinya, gosokkan bahan ini ke kepala. Sambil itu urut kulit kepala perlahan-lahan. Biarkan sebentar dan kemudian dibilas. InsyaAllah rambut anda tidak mudah beruban.

SEMBUHKAN LUKA SEBELUM BERSALIN

Bagi wanita yang baru bersalin dan ingin luka cepat sembuh, anda boleh amalkan petua berikut. Ambil beberapa helai daun jambu batu dan dua keping asam keping. Rebus sehingga mendidih. Biarkan seketika sehingga air tadi menjadi suam. Cuci bahagian luka dengan mengunakan air tersebut.


lots of luff,

0 Comments:

Post a Comment



 

emmashasha | hotmail