16 December 2008

untuk panduan bersama

Bacalah! Bagi sesiapa yang punya anak remaja atau saudara mara
remaja berhati-hati! Pupuk & didiklah pengajaran Islam dari kecil lagi......

Dua orang pelajar telah menemui maut ketika kemalangan jalanraya antara motosikal dan kereta.

Setelah jenazah diuruskan, didapati salah satu dari jenazah telah merayau merata-rata, mengetuk pintu rumah dan lain-lain. Apabila ditanya kepada pihak hospital yang menguruskan jenazah berkenaan, kakitangan terlibat telah memaklumkan bahawa salah seorang dari mayat yang diuruskan terpaksa dibuang kukunya kerana ada cutex dan dicukur kepalanya kerana rambutnya telah diwarnakan.

Pelbagai cara dilakukan untuk memastikan 'roh' tersebut tidak merayau, namun gagal. Ditanya pula pada kawan-kawan simati, dimaklumkan bahawa di dua bahagian badan simati ada terdapat tatoo, namun tidak diketahui apa yang dilukiskan. Setelah beberapa lama, dan mungkin penyelesaian terakhir, jenazah simati telahdipindahkan ke kubur Kristian. Selepas itu, rohnya tidak merayau lagi....

Pengajaran:-Berkemungkinan tatoo yang terdapat pada simati berlambangkan salib dan simati sebenarnya adalah seorang kristian, walau pada zahirnya berpakaiandan berkelakuan sebagai seorang Islam. Simati tersebut adalah pelajar sekolah yangberusia 16 tahun.

Kisah kedua Si A adalah seorang pelajar yang sering gagal dalam peperiksaan.Beberapa kali beliau menduduki peperiksaan PMR tetapi dia gagal. Satu hari, dihadapankawan-kawan beliau telah berkata, kalaulah aku lulus PMR kali ini, aku akan masuk kristian.

Ditakdirkan Allah, beliau telah lulus dan kemudiannya meninggal dunia keranakemalangan. Mayatnya diuruskan sebagai seorang Islam mengikut kebiasaanya dan dikebumikan berdekatan dengan masjid.

Selepas beberapa ketika, imam masjid mendengar suara menangis dari kubur simati. Ditanya pada ahli keluarganya, dimaklumkan bahawa simati adalah seorang budak yang baik...namun dari kubur berkenaan terdengar tangisan yang berterusan.

Setelah ditanya dan diperiksa barulah dimaklumkan mengenai nazar simati....dan mayatnya pun dipindahkan ke kubur Kristian. Barulah tiada tangisan kedengaran..

... Inilah keadaan yang berlaku sekarang.... oleh itu ambil tahulah akan aktiviti anak-anak,adik-adik kita...kerana dakyah kristian amat halus dan ada di mana-mana... tanpa disedari.

Baru-baru ini, telah dimaklumkan bahawa satu kontena bible dalam bahasa melayu telah sampai di Port Klang. Walaupun dibantah kemasukannya, ianya telah dimaklumkan bahawa ia telah diimport secara sah oleh salah sebuah pertubuhan Kristian yang berdaftar...

Samada benar atau tidak, saya juga dimaklumkan bahawa di Subang Jaya, bible telah diedarkan kepada pelajar-pelajar sekolah...


Wallahu'alam. ....

0 Comments:

Post a Comment



 

emmashasha | hotmail